Sky Mirror Malaysia

✎dya bunga |⊙Wednesday, June 14, 2017| ☑


Harini dya nak kongsi pengalaman dya ke Sky Mirror. Rasanya sebelum ni ada viral mengenai Sky Mirror.. Dya cerita serba sedikit mengenai Sky Mirror. Sky Mirror ni terletak di Sasaran, Jeram Selangor. Untuk ke sini tak boleh sukahati nak pergi bila. Ada date tertentu sahaja sebab Sky Mirror ni terletak betul-betul kat tengah laut. Masa dya pergi harga pakej per pax adalah RM70 termasuk makan nasi lemak dan mineral water. 

Waktu dya pergi tu waktu berkumpul dalam pukul 8.30 pagi. dalam pukul 9-9.30 pagi boat dah bergerak ke Pulau Angsa. Tak silap dya, masa dya pergi under Calvin dalam 7 boat pergi ke Sky Mirror. Sebelum pergi ke sini dya ada juga search kat google. selalunya dorang pergi pulau ini selepas pergi Sky Mirror. so bila sampai Pulau Angsa tu macam terkejut juga lah.. sampai je situ terus naik ke atas konon-konon nak tengok view laut. tapi sangkaan ku meleset. penuh semak samun dan sampah sarap. kalau tempat tu dijaga kofem cantik.hehe. 

So kitaorang decided untuk turun pergi ke boat. kiranya bergambar kat bawah. ada gak lah pic kat Pulau Angsa daripada tak ada lansungkan. Dalam setengah jam kat situ, kitaorang gerak ke Sky Mirror. Ada aku baca dalam blog lain, dan kelvin pun ada bagutau jika bernasib baik dapatlah jumpa Dolphin. Tapi nasib kitaorang tak berapa nak baik. Tak dapat jumpa jumpa dolphin terserempak dengan ekor dolphin pun tak ada.hehe

Sampai je kat Sky Mirror masing-masing dah excited.hehe. so if korang nak datang sini janganlah jadi macam dya pakai seluar jeans. Dah susah nak bergerak. Lagi-lagi perempuan. Pakai jeans bila terkena air basah dan berat bila nak bergeram. Lagi satu akan rasa tak selesa. Sebab masa sampai tu air kat paras lutut. bila sampai tu pening jugaklah. Last redah sahajalah.hehe.

Lagi satu tips, kalau boleh korang bawalah prop korang. Sebab kat sana bukan diaorang nak layan korang je ada customer lagi yang dorang nak kena ambil gambar. Rasa menyesal gak lah tak bawa payung sendiri. Sekurangnya bila korang bawak prop sendiri tu boleh jugak korang bergambar sendiri tanpa harapkan photographer tu. Tak pun korang pinjam prop dari dorang.hehe. Make sure battery korang full dan memory korang kosong. Sebab kofem gila bergambar. Yelah dah bayar RM 70 rugi ohh tak bergambar.

Last tips dari dya. Jangan lupa pakai Sunblock. Ini wajib okay! Tak kira lelaki ke perempuan make sure pakai sunblock. Kat tengah laut, tengah hari kofem muka korang sunburned.hehe. haritu dalam sejam gak lah kitaorang kat situ sampai tak sedar time nak balik. Tengok-tengok ramai dah kat boat.hehe. kat bawah ni dya share beberapa keping gambar di Sky Mirror.


before naik boat.

before gerak ke Pulau Angsa..



Sebelum Air Surut

reality..ramai sangat orang. 

konon-konon nak jadi hipster. hehe



masa ni air dah surut. heee..

**ini sahaja aku boleh kongsi dengan korang.. ada pic kat pulau angsa tu tapi xberapa nak cantik.haha. lepas ni tak perlu nak nak ke luar negara.. kat Malaysia pun ada **

** boleh klik sini if korang nak tengok video di Sky Mirror**

if korang ingin pergi ke sini boleh contact calvin - 012-559 7570










3 comments:

  1. Waaaa seronoknya kalau dapat pergi sini... Tempatnya menarik.. Singgah blog ni dan follow.. :)

    ReplyDelete
  2. menariknyaaa. satu hari nanti nak pergi :) jemput singgah ke blog saya missaziemah.blogspot.com :)

    ReplyDelete

dah baca jangan lupa komen ye..
satu pun jadi lah..:)

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page