Cameron Highland - Unplanned (Sept 2015)

✎dya nasir |⊙Tuesday, November 17, 2015| ☑


Assalammualaikum, harini dya nak cerita day trip ke cameron.. kali ini macam biasalah suka plan last-last minit.. so nak bermalam kat sana memang tak dapatlah.. gerak dari Ampang dalam pukul 6.30 a.m.. 

Sampai je kat Cameron kitaorang terus ke Ladang Strawberry.. kitaorang ke Al-Mashoor Strawberries, Cameron Highland.. Mula-mula just tak fikir pun nak petik strawberry tapi bila tengok ada seorang akak ni petik strawberry besar terus terpengaruh nak petik juga..hihi.. sambil petik strawberry sambil selfie..hehe.. sambil petik sambil rasa strawberry ni manis ke tak..hehe.. dari 1 box bertambah jadi 2 box..haha..satu box dalam RM10.. 

eh, baby bunga pun ikut bercuti ke cameron highland..hehe
selepas seronok petik strawberry kitaorang singgah ke Lavender Farm tapi disebabkan dah pernah masuk situ jadi kitaorang teruskan perjalanan ke ladang teh.. huhu..kitaorang pergi hari jumaat..tapi still banyak kereta..jammed.. tapi tak apa..berbaloi bila dah tengok ladang teh..hilang rasa marah..hehhe.. tapi kitaorang tak sempat nak minum kat situ..ramai sangat yang beratur..so lepas beli teh kitaorang terus gerak..

disebabkan nak ke tanah rata tu jammed dan cuaca pun tak berapa okay..hujan.. so kitaorang tak berhenti singgah pergi pasar malam..terus gerak cari kedai untuk makan malam sebelum gerak balik ke KL. 








1 comment:

Dah baca jangan lupa komen ye..
Satu pun jadi lah..😀

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page