Selamat tinggal 2012

✎dya nasir |⊙Monday, December 31, 2012| ☑
hari ini hari terakhir bagi tahun 2012.. macam-macam kenangan manis dan pahit.. aku masih ingat kenangan masa aku dengan kawan-kawan aku pergi pulau pangkor..walaupun 3hari 2 malam tapi seronok babe..hilang tension bila tengok pantai..tenang je bila dengar bunyi ombak.. kenangan tu aku ada cerita kat entry ni.. pangkor island part 1 , gelagat di hari kedua ( yang ni ada video membe aku nyanyi lagu bertakhta di hati..sedap weyh) dan yang ni gambar masa hari ketiga  . insyallah tahun 2013 kitaorang akan bercuti lagi..

akhirnya pada tahun 2012 dapat juga convocation..alhamdulillah CGPA aku dapat 3.7 ..happy sangat walaupun tak dapat jadi best student tapi dapat cgpa 3.5 keatas..cuma aku agak terkilan pointer sems akhir menurun..series..aku memang tak puas hati..malas nak ingat..buat sakit hati je..

tahun 2012 ni juga aku dapat bekerja kat syarikat penerbitan.. banyak perkara baru aku belajar.. 31Disember last day aku kerja kat situ..hari terakhir tu diaorang belanja aku makan dim sum kat area KL.. Aku first time makan dimsum ok..bila disuruh pilih nak makan apa aku blurr..hihi..

berita paling sedih pada tahun 2012, aku dengan budak kelas aku kehilangan seorang sahabat buat selama-selamanya akibat kemalangan.. series memang sedih sangat.. korang boleh baca kat entry ni
pergi buat selama-lamanya

ditahun 2012 ni juga aku dapat lah juga jumpa blogger..boleh baca entry ni.."wonder girls malaysia"
semoga tahun 2013 ni lebih baik dari 2012.. amin..

happy birthday mama..

✎dya nasir |⊙Monday, December 31, 2012| ☑

hari ini aku nak wish birthday mama aku, rohana ahmad.. selamat hari lahir mama yang ke 48 tahun.. mama selalu bagi sokongan tak kira masa aku jatuh ataupun tak.. kalau aku tengah sedih mama lah orang pertama yang dapat tahu..naluri ibukan..hihi..



AKU SEPERTI PATUNG

✎dya nasir |⊙Friday, December 28, 2012| ☑


hari ini bangun seperti biasa pukul 7.30..(sebenarnya alarm yang bunyi pukul 7.30..hihih) ambil towel dan terus mandi..tapi sebelum tu singgah cermin jap..sambil puji diri sendiri..comel juga aku time baru bangun tidur..hahah.. bila dah tersenyum tu sambung balik perjalanan ke toilet..yeah..sambil nyanyi dalam hati..hehe.. masa untuk mandi.. dalam keadaan mamai ambil berus gigi dan sabun mandi...lepas tu gosok gigi.. dengan penuh semangat gosok gigi tapi kenapa rasa pahit..yekkk.. rupa-rupanya salah ubat gigi daa...

ok..itu ok lagi..kalau yang ni.. lepas gosok gigi ambil ubat gigi tempek kat muka..dan kenapa muka aku berangin je ni..salah lagi rupanya.. nasib baik masa mandi tu tak tersalah sabun mandi..kalau mandi guna sabun baju..panas lah badan aku.. tiba-tiba teringat pula cerita membe dia yang nak bunuh diri tapi minum clorox..haha. nasib baik xmati..

lepas tu, siap-siap nak ke ofis.. ni yang paling aku benci.. arggh.. tarik pintu almari..tenung baju lama-lama..dan sambil fikir nak pakai baju apa?? bukan sekali ok tapi hari-hari akan dapat penyakit termenung depan almari..aku tahu bukan aku sorang je macam ni.ntah-ntah korang pun macam tu kan..hihi.. akhirnya jumpa juga baju yang sesuai..itupun setelah tiga kali tukar baju...

eehh..jap..sekarang ni pukul berapa?? ala..dah pukul 8.15..haiyyaa..macam mana boleh lambat ni..ni mesti sebab salah ubat gigi, salah pencuci muka..(tak pasal-pasal ubat gigi dengan pencuci muka dipersalahkan..haha) dan tenung baju lama-lama..hihi.

fuhh.nasib baik aku dah siap..terus gerak pergi kerja..sebelum tu jumpa anak-anak aku dulu (aku belum kawin lagi ok) siapa lagi kalau bukan bunga dan nemo..terlompat-lompat dalam sangkar.. disebabkan aku dah lambat.. aku hanya boleh cakap bye baby,nemo..arini mummy tak dapat bawa kamu ke ofis..hehe..

sampai je ofis, sunyi nya..mana semua orang.. lupa plak rumah aku dengan ofis dekat sangat..xsampai 5minit dah sampai..hahah.. hari ini hari terakhir aku buat overtime..dan isnin ni last day aku Global YP @ Tourism Publication..lepas ni aku akan sambunga study ke Unikl..

sebelum tu aku cuma nak cakap mulakan hari anda dengan senyuman.. walaupun pagi-pagi dah tension cubalah untuk senyum ye..nanti tak pasal-pasal orang yang tengok korang tu pun ikut tension sekali..hihi..

sebenarnya aku tak tahu aku sedang taip apa..hahaha..maybe sedih tak dapat join gathering tu esok kot..sedihnya!!!!!

sumber : fikiran ku..

convocation dip- part 1

✎dya nasir |⊙Thursday, December 27, 2012| ☑

sebelum tu aku nak minta maaf sangat-sangat kalau lambat sangat singgah kat teratak korang lebih-lebih lagi fmaily GSF.. banyak benda nak kena uruskan..bulan 12 ni memang betul-betul sibuk.. akhirnya dapat juga konvo..yeay..sebenarnya dah lama nak publish entry ni tapi broadband kat rumah lambat seperti siput..dah bayar pun still juga jadi macam siput..lembab..

tajuk entry tu tak blh blah an..ada part-part pulak.. part 1 ni nak citer pasal kitaorang amik jubah kat kolej.. kebetulan hari itu birthday si della.. sebelum hari itu, macam-macam kitaorang fikir nak kenakan sidella..lagipun lepas ni mungkin dah jarang jumpa..della dah balik sarawak..nak turun kl memang susah lah..banyak kosnya..

tengah hari tu kitaorang kumpul..membe aku naz dengan edly dah ambil jubah dulu jadi diaorang lah yang pergi beli kek..yang aku dengan membe-membe yang lain pergi ambil jubah dengan sidella.. konon-kononnya nak buat suprise tuk si della ni..hihi..

lepas settle ambil jubah, kitaorang tunggu si naz dengan edly.. yang della sibuk tanya tunggu sape..hihi.. lepas tu si naz dengan edly sampai bawa kek..tapi lilin nya tak bernyala..masa tu si della memang dah terkejut.. pastu si naz suruh baca tulisan kat kek tu betul-betul..rupa-rupanya ada nama aku, ira dengan mimi.. terharu sangat babe..hehe.. disebabkan semua dah lapar, kitaorang pergi lunch kat times square..lagipun boleh makan kek kat situ..

lepas tu kitaorang jalan-jalan satu area bukit bintang.. dari sungei wang ke pavillion dan patah balik ke berjaya times square.. berhenti satu tempat kitaorang bergambar.. kitaorang jalan-jalan kat situ sebenarnya nak cari kasut kasut hitam.. aku dengan ira tak ada kasut hitam.. penat juga lah cari kasut..tapi tak jumpa-jumpa.. disebabkan semua dah kepenatan kitaorang singgah minum kat old town..

lepas minum kat situ kitaorang berpecah.. amoi, stacy dengan anak buah dia nak cari baju dan terus balik..yang aku, ira, mimi dan della masih mencari kasut.. aku suka sangat birthday girl dah pakai baju perempuan..suka sangat perubahan della..comel bila dia pakai baju polkadot..hihi..
akhirnya jumpa juga kasut..sama plak dengan si ira..xpelah kembar kasut..haha..hihi..

pipi ku semakin tembam..haha

walaupun penat tapi tetap cover comel.haha
semua muka kepenatan
 

kesian edly jadi jurucamera..
birthday girl dah rambut panjang..:)


nasib baik ada amoi yang sudi blutooth pic kt aku..haha.. maklumlah nak guna enset camera enset lambat snap..haha.. lupa plak aku nak bagitahu..yang amoi ni ada blog juga..jom singgah blog dia..klik sini ye..

 

terlambat wish

✎dya nasir |⊙Saturday, December 22, 2012| ☑

hari ini aku nak wish happy birthday kat kak waniey..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. maaf ye terlambat wish.. hihi.. jangan marah dya ye.. disebabkan tak hadiah nak bagi kat kak waniey, aku nyanyi kan lagu happy birthday khas tuk kak waniey..hihi..sebelum tu dya nak bagitau awal-awal buat tak tahu je kalau suara dya sumbang ye..



Senyum aje

✎dya nasir |⊙Thursday, December 20, 2012| ☑
lama tak letak gambar bunga..hihih
Hari ini nak update pasal aku dah lulus test jpj..yahooooo...hehe.. sebenarnya minggu lepas test.. orang penakut macam aku pun boleh lulus test..haha.. membe ofis aku, may siap mesej aku..tak tahan bila baca mesej dia.. hilang gugup time tu bila baca mesej si may ni..

Bila otw balik aku ajak adik aku karoke..sebelum tu pergi ofis kejap amik durian crepe.. cakap pasal durian crepe mama aku dah bising sebab bahan dah beli tapi buatnya tak.. sampai durian dah selamat masuk dalam perut..hihi..lepas ambil durian crepe kitaorang pergi karoke kat axis.. yang tak syok nya adik aku boleh terduduk bekas durian crepe..memang penyet lah bekas tu..haha

Sampai je rumah mama dengan abah aku tanya macam mana test tadi..lulus tak?? aku cakap lulus..haha..mama aku xpercaya aku lulus..haha..acano tu..haha..sebab aku ni memang takut sangat bawa kereta..

lepas tu abah aku datang bagi surat kat aku.. takut juga ingatkan surat apa rupa-rupanya dapat inai..haha.. ramai geng GSF dah pakai inai kan..aku tak pakai pun..aku pun macam chic na..aku bagi inai tu kat mama aku..mama aku memang suka sangat pakai inai..hihi..kalau pergi rumah mak cik aku mesti tengok pokok inai..hihi.. terima kasih kak niena


dan brooch comel ni aku dapat semalam..thanks kak mv..:)

Tanda-tanda Penyakit Part B

✎dya nasir |⊙Monday, December 17, 2012| ☑

Ini sambungan daripada part A..klik sini ye. 

 
SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
  • Sakit Sendi -->> Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan Dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
  • Sakit di bahagian bahu---->> Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
  • Kebas Tangan--->>Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
  • Kebas Tangan Kiri Dan Lengan--->> Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan Dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
  • Kebas Kaki--->> Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
  • Sakit Tapak Kaki--->> Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman Dan duduk terlalu lama.
  • Sakit Tumit Kaki --->> Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
  • Rasa Panas Di Tapak Kaki --->> Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
  • Gatal Celah-celah Jari Kaki--->> Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot)
TANDA-TANDA DALAMAN
  • KEPALA --->> Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung Dan saraf otak.
  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA --->> Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental Dan banyak berfikir.
  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
  1. Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
  2. Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
  • SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA -->>Menandakan penyakit migrain.

  • BISUL TERJADI DI KEPALA --->>Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
  • RASA PENING YANG MEMUSING --->> Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
 MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

  • LOYA/MUNTAH --->> Tanda penyakit lelah.. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
  • MUNTAH DARAH
  1. Darah merah --->> Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong  
  2. Darah hitam --->> Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
    LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK -->> Tanda sakit jantung

        KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT --->> Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

           KENCING
          •  KERAP KENCING ---->> Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
          •  AIR KENCING BERKAPUR --->> Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
          • AIR KENCING BERMINYAK --->> Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
          • AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT --->> Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
          • AIR KENCING BERDARAH --->> Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
          BUANG AIR BESAR
          CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR
          Membersihkan kotoran/keracunan dari
          usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan
          penyakit barah di bahagian usus besar. 
          SEMBELIT:
          Membersihkan toksin dari usus kecil.
           NAJIS BERDARAH
          Darah merah -->> Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
          Darah hitam --->>Masalah penyakit ulser perut. 
          NAJIS BERWARNA HITAM :
           Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian
          usus sedang berlaku.
          BADAN
          RASA SAKIT :
          • Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
          • Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
          • Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
          • Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
          • Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
          BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH : Badan mengandungi asid yang
          berlebihan.
          BADAN TERASA PANAS : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
          BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
          RASA TAKUT MENGEJUT
          • Lemah fungsi buah pinggang. 
          • Tenaga batin lemah.
          CEPAT NAIK DARAH/MARAH
          Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi
          RASA BIMBANG DAN TAKUT
          Sistem paru-paru yang lemah.
          RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB
           (Sistem jantung yang lemah)
          • Sistem saraf otak yang lemah.
          • Masalah pengaliran darah.
          SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
          Sistem penghadaman yang lemah.


          Sumber : sini

          p/s : banyaknya kerja nak kena siapkan..huhu..

          Aku cipta rekod..

          ✎dya nasir |⊙Friday, December 14, 2012| ☑
          Aku tahu semalam mesti ramai yang tengok bola an?? Dan ramai juga bengang gara-gara reff yang terlalu baik hati tu kan.. aku yang tak minat bola pun boleh join sekali mama ngan abag aku tengok.

          Tv kat rumah semua siaran bola..haha.. aku tengok kat ruang tamu dgn parent aku dan adik-adik aku tengok kat atas dengan kawan-kawan dia.. kecoh satu rumah bila refree terlalu baik hati tu bagi kad merah.. kalau kat rumah dah kecoh mesti kat kedai mamak 10x ganda kecoh an..

          Xpernah-pernah aku tengok bola sampai habis.. kali ini aku cipta rekod tengok sampai habis.. mungkin sebab gara-gara refree yang terlalu baik hati tu kot.. haha..

          Dari masa pertama sampai lah habis perlawanan aku dengan mak aku membebel je lah tanda tak puas hati.. sampai tak sanggup aku tengok.. kena buli.. 10 lawan 11..

          Walaupun malaysia kalah tapi bagi aku harimau malaya tetap juara.. hehe..

          P/s sakit perut ketawa bila baca mesej mama dengan ayu pasal bola..dan lagi satu tweet kat twitter.. haha..

          Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang

          ✎dya nasir |⊙Thursday, December 13, 2012| ☑
          hari ini aku nak kongsikan tanda awal penyakit buah pinggang.. bila terbaca tweet nani aku terus cari info pasal penyakit..


          • Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
          • Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
          • Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.
          • Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
          • Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
          • Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
          • Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
          • Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
          • Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
          • Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
          Melayukini.net - Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.

          Sumber: Buah Pinggang | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net

          p/s: nampaknya terpaksa aku pergi chek up..risau lah..:(

          Ww-tea time

          ✎dya nasir |⊙Wednesday, December 12, 2012| ☑
           

          Jemput makan..haha

          Tanda-tanda penyakit - Part A

          ✎dya nasir |⊙Tuesday, December 11, 2012| ☑


          Tadi masa cari info pasal pinggang aku terjumpa info pasal kesihatan.. jom lihat dibawah..



          MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)

          • Mata menjadi merah -->> Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan Kita sedang dalam proses pembuangan toksin. Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
          • Keluar tahi Mata -->> Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
          • Keluar air Mata -->> Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
          • Ketegangan Mata Dan kelopak --->> Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.



          HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)
          • Selesema -->> Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
          • Hidung sumbat --->> Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
          • Bersin --->> Proses membuang toksin di bahagian kerongkong. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
           
          BATUK
          • Batuk keluar kahak --->> Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
          • Batuk tanpa kahak -->> Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa Hari memakan RG..
          • Batuk Dan berasa gatal di kerongkong --->> Proses membuang toksin di bahagian kerongkong Dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
          KERONGKONG
          • Kerongkong kering -->> Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan Kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
          • Sakit kerongkong-->> Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


          BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman
          • Bibir pucat
          • Sistem penghadaman yang lemah.
          • Perut mengandungi angin.
          •  Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna Dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
          • Bibir kering dan pecah --->>Perut mengandungi banyak bahan toksin.



          MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)

          • Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
          • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser) ---> Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
          • Mulut berbau busuk -->> Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


          TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang)

          • Telinga terasa tersumbat --->> Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
          • Telinga berdengung --->> Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi Dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


          KULIT BERPELUH
          :
          • Peluh masin ---> Badan mengandungi lebihan asid urik.
          • Peluh berbau ---> Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

          RUAM DAN BISUL
          Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


          KULIT GATAL DENGAN RUAM

          Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


          KULIT PECAH DAN BERAIR

          Proses pembuangan toksin yang larut dalam air..Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

          RAMBUT GUGUR 
          Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

          p/s : erm..rambut aku selalu gugur lorh..risau plak bila baca info kat atas ni..

          sumber : copypaste
           

          Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

          | Top of page