Wordless Wednesday # 20

✎dya nasir |⊙Wednesday, October 31, 2012| ☑
sepupuku yang agak kebosonan

p/s :aku baru dapat online guna latop aku.. maaf ye lambat singgah kat blog korang.. hari ini aku marathon ke blog korang..haha..

Bello Hilang!!!

✎dya nasir |⊙Monday, October 29, 2012| ☑


Kelmarin lepas pergi rumah makcik aku, masuk je kedalam rumah tengok ada tahi sugar glider..mulanya aku dengan mak aku ingat tu tahi cencorot..(betul ke aku eje??) tapi bila adik aku jerit yang bunga ada kat dalam bilik dia.. kelam kabut aku naik atas pergi bilik adik aku nak ambil bunga.. lepas ambil bunga, aku tengok anak bunga menyorok tepi sangkar..aku terus masukkan bunga dengan nemo kat dalam sangkar.. tapi bello masih tak dikesan..

sedih sangat sebab sampai sekarang masih tak jumpa bello.. lagi satu yang membuatkan aku masih bertambah sedih sebab bello ni akak sepupu aku punya. hurmm. serba salah weyh. aku takut bello dah keluar dari rumah je..kalau bello dah keluar dari rumah aku takut bello ni kena makan dengan kucing..

yang aku masih peliknya macam mana bello, bunga dan nemo boleh keluar.. anak-anak aku ni tak reti keluar sendiri.. sekarang bunga asyik termenung je.nemo je makan. sedih aku tengok bunga.. bunga rindukan bello lah tu..


aku nak buat report polis boleh tak? dah  24jam bello hilang..

Wordless Wednesday # 19

✎dya nasir |⊙Wednesday, October 24, 2012| ☑
p/s : bestnya kalau dapat tidur..

pergi buat selama-lamanya

✎dya nasir |⊙Monday, October 22, 2012| ☑


malam tadi bff,amoi aku tweet aku cakap ada seorang budak kelas kitaorang telah meninggal dunia..tapi masa dia tweet tu aku dah tidur..pastu amoi mesej aku dia cakap dia takut nak bergambar bertiga..

aku baca mesej pun dalam keadaan mamai..aku rasa nak dekat 5 kali aku baca mesej tu bagi faham..huhuh. yang aku tak sangka budak kelas tu pernah rapat dengan aku..

pastu tengok tweet yang dipost tu..memang aku tak percaya.. tapi itu semua kuasa Allah kan.. cuma aku tak sangka dia pergi dulu.. aku ingatkan amoi gurau tak sangka berita tu betul.. GF arwah pun ada post pasal arwah..

yang sedihnya arwah tak sempat nak convo.. bila baca tweet tu balik, tiba-tiba aku terfikir..cukup ke amalan kita ..hurm..aku rasa nak menangis je bila fikir pasal tu..fikir pasal amalan aku..aku takut..hurm..nak sambung tidur pun tak boleh


Kepada amoi, jangan percaya pasal gambar tu ok..

p/s : sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah hadie hanif..semoga dia tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

jom singgah baca entry ni kembar izreen#julia tv3..

comelnya aku..

✎dya nasir |⊙Friday, October 19, 2012| ☑



aku tahu korang mesti rasa nak termuntah bila baca tajuk enty ni kan? haha..

sebenarnya hari ini aku tak tahu nak update apa.. malam tadi tak  sempat update awal-awal.hihi.. Idea aku nak update blog cuma datang pada waktu malam je..haha..bila siang-siang ni idea kering..mungkin sebab panas kot..tu yang kering tu..haha

 cantik tak gambar kat atas ni? hhaaha.tu membe aku yang buat..thanks arda..sebenarnya pic tu dah lama tapi baru dapat update hari ini..hihi..  pic asal kat bawah ni..

tembamnya muka saya..hihi
esok cuti!! hoooaaarayy!!!hati senang.lalallala

kembali setia

✎dya nasir |⊙Thursday, October 18, 2012| ☑


hari ini aku nak bagitau yang aku dah kembali setia kepada shoutbox busuk..haha..hari tu kan aku ada buat entry yang aku dah curang dengan busuk..wahai shoutbox busuk kau nak tahu tak yang aku rindu kat kau.haha..cbox, maafkan aku sebab terpaksa tinggalkan kau lagi..

shoutbox busuk kau jangan buat hal lagi ye..sekarang ni aku bagi kau peluang kedua, kalau kau buat hal juga aku tukar guna cbox.haha.. wahai cbox kau jangan tacing dengan aku ye..
selamat tinggal cbox..:(

yang belum like pic bunga tu korang boleh like disini ye. Entry bunga

curang sama kamu..

✎dya nasir |⊙Tuesday, October 16, 2012| ☑

hari ini bila aku buka blog aku tengok shoutbox sudah jadi seperti diatas.. kenapa jadi macam tu? tak akan aku sorang je yang kena..setelah selidik dan selidik, tak sangka shoutbox tu yang problem. website offline? tak sangka ada cuti..

disebabkan shoutbox telah buat hal, aku curang sama kamu.. aku cari shoutbox lain...iaitu cbox..haha.. sebelum ni dah pernah guna tapi tukar pakai busuk..dan disebabkan shoutbox busuk bikin hati aku panas, aku kembali setia kat cbox..wahai cbox ku sayang, kamu jangan buat hal ye seperti busuk dan fbox..hihi..

shoutbox busuk aku akan sentiasa rindukan kau..


jom singgah baca entry

blog ku semakin muda.

✎dya nasir |⊙Tuesday, October 16, 2012| ☑



Akhirnya blog aku sudah siap di edit..baru nak update pasal ni. hihi..Thanks deqla sebab beri link Jia kat dya..hihi.kalau tak buntu nak suruh siapa editkan blog.. macam mana cantik tak blog ni?haha. aku pilih kaler peach dengan kelabu..haha.. pada mulanya nak pilih kaler purple tapi disebabkan banyak blog kaler purple aku pilih kaler peach..hihi. alasan je..

berat tak blog ni?aku punya broadband seperti kura-kura..so aku tak tahu blog ni berat ke tak?hihi. aku nak ucapkan terima kasih kat kina sebab sudi edit blog dan sudi buatkan header..hihi. cantik kina buat..hihi..xsampai satu jam kina edit..

 penuh dgn entry meroyan.hahah

kalau ada yang nak edit blog boleh pergi ke blog kina atau pun jia..

p/s : shoutbox busuk xblh guna ea?

"wonder girls malaysia"

✎dya nasir |⊙Monday, October 15, 2012| ☑
keychain dari deqla
Sabtu lepas aku ada jumpa dua wanita melayu terakhir..ala..korang mesti tahu siapa kan.. tak lain tak bukan mesti lah ayu dan deqla..hihi.. sambil muka gedik.. Sebenarnya first time jumpa dorang tau.. tapi bila jumpa tu macam dah lama kenal je.hihi..

Idea nak jumpa ni tercipta gara-gara pic minta pelempang aku tu kat fb.haha. pada mulanya cadang nak jumpa hari ahad tapi disebabkan deqla terpaksa bawa anak buah dia pergi jalan-jalan terpaksa tukar hari lain..nak tukar pada ahad depan ayu pula busy..jadi kitaorang jumpa hari sabtu je lah..kebetulan minggu tu aku memang free..hihi

aku dah macam perempuan melayu terakhir.haha
Kitaorang jumpa kat Times Square je. yang tak syoknya masa aku nak keluar rumah tu hujan lebat.. perghh..memang sakit hati lah..aku dah siap pakai lawa-lawa hujan lebat pula.. menguji keimanan betul..memang seronok dapat tidur bila hujan lebat.haha.. Sementara nak tunggu hujan reda aku boleh kemas rumah, mop lantai.. terlebih rajin..hihi bila agak-agak hujan dah reda aku minta tolong ayah aku hantarkan aku kat LRT Pandan Indah.
ayu dan deqla.

nasib baik tunggu tren tak lama..macam tahu-tahu je aku nak cepat.. hari itu aku ala-ala perempuan melayu terakhir gitu..haha.. tak pernah pakai macam tu..selalu pakai t-shirt dengan jeans je.haha.. tengok pic di bawah ye.hihi.. bila dah sampai aku terus mesej ayu..kitaorang jumpa kat pintu masuk.. nasib baik jumpa tau..kesian ayu kena tunggu lama.. ayu cakap aku kecik..tapi sebenarnyaada orang yang lagi kecik lagi dari aku.haha..

sementara tunggu deqla sampai kitaorang pergi jalan-jalan dulu,minum sambil berborak. bila deqla call cakap dah sampai, kitaorang pergi ambil deqla pula.. tak sangka deqla lagi kecik dari aku..hihih.. dan muka dia nampak lagi muda dari aku..kan ayu? kalau dia cakap tak kawin lagi pun orang akan percaya.haha..bukan-bukan.kalau dia cakap dia budak sekolah lagi pun orang akan percaya..haha..

disebabkan tak tahu nak pergi mana, kitaorang pergi karoke kat redbox lowyat..lama tak karoke kat situ..haha 
wonder girls..haha
deqla tgh feel menyanyi tu..lalala
kitaorang pergi tu masa "tea time". disebabkan semua dah kenyang makanan tu bungkus je..makan kat rumah..hihi.. yang seronoknya semua jenis sporting.. boleh duet lagi tau..jangan jeles ok.. kitaorang duet lagu beribu sesalan...lupa plak nak record bagi korang jeles.hahaha. 

aku rasa hari tu aku yang paling banyak menyanyi..haha.. nasib baik semua jenis sporting.series semput tau nyanyi banyak lagu.haha.. lupa plak nak bagitahu, hari tu aku bawa anak aku, bunga.. bunga macam tahu-tahu je nak bawa dia jalan.hihi..

deqla dan aku
ayu dan aku
masa ayu tengah menyanyi, aku keluarkan bunga..aku rasa bunga pun nak tengok ayu dengan deqla..haha.. mungkin disebabkan speaker kuat sangat bunga melompat ke bahu deqla dan seterusnya ke ayu ..haha..aku rasa masa tu ayu terkejut.haha..aku terus ambil bunga masuk kan dia dalam beg..haha.. 

disebabkan tak larat nak menyanyi, kitaorang minta bil..aku rasa kalau nak ikut masa diaorang bagi tu  sampai pukul 9 sebabnya tak ramai orang masa tu..haha..dalam pukul 6.30 kitaorang balik.. sedihnya dah nak kena berpisah pula.huhu.. deqla ada bagi sauvenier..betul ke aku eja?comel tau.. keychain lagi..macam tahu-tahu je aku ni suka kumpul keychain..hihi 

balik tu, terus makan spageti tuna..lapar weyh..haha..tapi disebabkan aku ni kurang suka dengan tuna aku makan sikit je..lagipun haritu mood adik aku baik nak belanja satu family makan Mcd.. Macam tahu-tahu je kakak dia ni nak makan Mcd.haha..

jom layan video kat bawah ni



 p/s : nasib baik masa tu gusi aku dah baik..kalau tak dapat duet.haha..
       :  blog aku berat tak?
       : sedihnya pageviews tiba-tiba sikit..


harap-harap dapat jumpa lagi..lepas ni nak jumpa ahli GSF yang lain pula..hihi.. 


Entry yang berkaitan :

 Tiga suara
makhlus halus di bilik karoke 2!!!
makluk halus di bilik karoke..

pipi ku kembung seperti ikan buntal..

✎dya nasir |⊙Thursday, October 11, 2012| ☑

 


sekarang ni pipi aku kembung sebelah..bkn  dibuat-dibuat  tapi sebab sakit gusi..sakit weyh.. nak makan pun kena fikir dua tiga kali.. yang tak syok nya bila lapar..nak makan tapi..tapi..tapi bila mengenangkan kesakitan tu terpaksa batalkan niat nak makan.. kurus lah aku macam ni..

bila tak boleh makan terpaksa lah tahan lapar dan dengar lagu rap dari perut aku yang berkeroncong ni.. Isnin lepas aku ada training.. dah tiga bulan kerja baru dapat full training..haha.. kalau tak bila buat kerja mesti blurr.. lagi satu masa aku baru dua bulan kerja dah kena ajar orang baru..

nasib baik aku tak ajar ajaran sesat.kalau tak huru hara tempat kerja aku tu.haha.. senior aku cuti bersalin.. bila aku tahu apa-apa pasal kerja terpaksa lah aku mesej akak tu tak pun call dia tanya macam mana nak buat..nak buat macam mana akak tu bersalin awal pula.

nasib baik bulan depan akak tu dah habis cuti..hooorayy.. senangnya hati ku.. kalau tak stress mengadap budak-budak sales.haha.. sikit-sikit tanya aku..aku ni bukannya tahu sangat.. manager aku tu pun tak berapa tahu juga..sebab dia baru handle department aku. aku tanya dia macam mana  nak buat nanti dia tanya aku balik macam mana nak buat..aiyookk..haha

harap maaf ye..sekarang ni aku update macam merepek je..ayat tunggang terbalik..kalau mak aku baca ni confirm banyak kena bulat dengan pen merah..haha.kesalahan tatabahasa.haha..

p/s : ahad ni nak jumpa ayu..ada sesiapa yang nak join?hiihih

Wordless wednesday #17 - happy birthday

✎dya nasir |⊙Wednesday, October 10, 2012| ☑

p/s : khas untuk big boss GSF ..hihi..Selamat hari lahir yang ke 29 tahun.. (btl  kan?)hihi
        
      : jom baca entry mengenai GSF
      : blog aku boleh komen kan? 

GSF

✎dya nasir |⊙Tuesday, October 09, 2012| ☑


sudah tiga hari blog aku ni dibiarkan sunyi dan bersawang..apakan daya aku nak online tetapi keadaan tidak mengizinkan..kelajuan broaband aku seperti kura-kura berjalan untuk pulang kerumah.. dan memerlukan kesabaran yang tinggi..

idea aku untuk update blog pun masih lagi di negeri china.. idea tu xnak balik ke malaysia lagi..haha..entry minggu ni semua autopublish.. disebabkan aku boleh online kat office je so kne lah kena lah update banyak-banyak..

sebelum tu aku nak ucapkan selamat datang kepada ahli baru GSF.. ramai yang tanya aku apa tu GSF. GSF tu Geng Segar Followers. kalau korang tak tahu nak blogwalking blog siapa korang boleh terjah kat bloglist GSF tu. dont worry diaorang confirm akan terjah balik..sebabnya diaorang ni peramah..dan sangat peramah..

big boss GSF mestilah mama arina.. yang ni korang wajib terjah.. korang masuk blog mama arina je mesti terpukau..cantik dan entry yang menarik.. aku paling geram tengok anak big boss GSF ni..comel sangat..kalau kat depan aku dah lama aku cubit-cubit pipi puteri mama arina tu..haha

untuk pengetahuan korang  ahli-ahli GSF ni seperti keluarga sendiri.. untuk maklumat lebih lanjut korang boleh terjah sini untuk tahu pasal GSF...kalau tak tahu nak buat apa tu jom lah terjah blog ahli-ahli GSF..

GENG SEGAR FOLLOWER (GSF)

Asal Usul GSF


p/s : mengantuk..hari ini ada training lagi.


Senyum depan lappy

✎dya nasir |⊙Friday, October 05, 2012| ☑
 

sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih kat korang yang sudi bagi pendapat kat entry ni.. mungkin dya akan buat..sebab macam dah teruk plak..haha

sejak dua menjak, aku asyik tersenyum depan computer..haha..kadang-kadang dah macam orang tak betul bila senyum depan computer.haha

ni semua gara-gara tweet dengan family gsf.. lebih-lebih lagi bila tweet sekali ramai..sampai tertinggal gerabak tau..haha. 5minit kemudian dah citer pasal lain.. laju betul korang menaip kan?

boleh bagi tips kat dya tak camne nak menaip dengan pantas?haha Sekarang ni aku menunggu bila big boss nak on twitter..kalau big boss ada mesti lagi meriahkan? betul tak korang?haha.


# sebenarnya tak tahu nak update apa..hahaha
# kepada wan nurul ayuni tolong jangan gelak guling-guling ye..hahaha..(nanti aku update entry pasal ko)
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page