diet mengikut jenis darah..

✎dya nasir |⊙Monday, January 30, 2012| ☑


disebabkan berat badan dya naik 1kg jadi kena lah diet.. masa tengah cari maklumat utk assigment terjumpa satu info yang sangat menarik.lepas ni kalau nak diet kena ikut tips ni..

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.


darah a

yang disarankan

  • ambil diet vegetarian yang mengandungi lektin yang sedikit.. lektin ni sejenis protein/asid amino yang terdapat dalam makanan.
  • kalau korang ambil lektin pada kuantiti yang banyak akan mengkibatkan masalah perut..  kalau nk sakit makan lah pada kuantiti yang byk..hehe
  • golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.  menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
  • boleh makan makanan yang berasaskan haiwan sperti ayam atau daging tapi perlu ambil dalam kuantiti yang terbatas.
  • perlu ambil sayur-sayuran dah buah-buahan pada kuantiti yang banyak.
  • hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:

  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Menu diet 

Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah 'B'





  • menghindari makanan beku atau makanan dalam tin 
  • makan  makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
  • ambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak untuk elak kan  penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus
  • digalakkan mengambil Makananseperti daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
  • perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Ciri khas golongan darah B:

  • melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan dan had pengambilan daging.
  • mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
MENU
  • Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
  • Snek: Jus anggur
  • Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
  • Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
  • Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DARAH AB
  • Pola makangabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
  • Penyakit yang berisiko dijangkiti-sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
  • pengambilan jenis makanan - hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
  • menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
  • kekacang perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit
  • kurangkan makanan yang berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
  • Untuk lebih bertenaga digalakkan bersenam
Menu 
  • Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
  • Snek: Yogurt
  • Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
  • Snek: Kek keju dan teh herba
  • Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi
DARAH O


  •  lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat.
  • menghadkan pengambilan buah-buahan. 
  •  menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi.
  • Dr. Peter J.D'Adamo menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
  • Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
  • Tidak perlu mengambil makanan seperti telur, susu, gandum dan kekacang kerana tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Ciri khas golongan darah O:

  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • ambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian.
Menu diet 
  • Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
  • Snek: Teh herba
  • Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
  • Snek: Sepotong kuih
  • Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
dya jenis darah O, patutlah alergi nasi, kacang.. rupanya memang tak boleh makan

selesai juga

✎dya nasir |⊙Sunday, January 29, 2012| ☑

alhamdulillah, hari ini selesai jugak jawab paper yang membuatkan aku stress dari semalam..hehe
iaitu ethic..nasib baik boleh jawab..
subjek ni memang buatkan aku stress..
dengan assigment lagi, exam lagi.. 
 kalau tak melopong je lah tengok paper tu..
macam pic bawah ni..


sebelum pergi kolej membe aku sempat lagi snap nota..
kononnye nak tiru.. 

nasib baik kitaorang kelas lain-lain..
nasib baik yang jage kelas aku tu tegas..haha..
aku ingat kan dorang tak tiru rupenye tiru.. 
nota tu..dorang siap bluetooth kat budak lain..

pandai betul minah tu sorok.
betul-betul dia letak handset dia kat bawah paper tu.. 
kalau tak dapat full mark tak tahulah..

* takutnya nk jumpa doktor esok.. takut sampai demam..huhu

kena lagi.. jawab jelah..haha

✎dya nasir |⊙Saturday, January 28, 2012| ☑

selamat petang semua.. apa khabar hari ini?? sihat?? 
semalam halatuju tag dya.. di sebabkan tak nak hampa kan halatuju dya akan jawab soalan halatuju..
mengenai dya bolek klik sini.. sebenarnya sebelum ni dya dah pernah kena tag..hehe

soalan dari halatuju..

jeng-jeng













1. Anda lelaki atau wanita?
wanita

2. Apakah prinsip hidup anda?
aku tak suka bergantung pada orang lain..

3. Pertanyaan apa yang paling anda tak suka?
aku memang tak suka org tanye berat aku berapa?
sebabnya aku takut giler timbang berat aku ni..fobia..

4. Pengalaman paling manis dalam hidup anda?
gaji pertama aku..walaupun part time, tapi memang paling manis..
hasil titik peluh aku sendiri..

5. Erti sebenar mengonkong pada pandangan anda?
semua aktiviti aku terkawal..
sampai mesej pun nak check.. tak suka..

6. Anda tahu tembikai dan madu tak boleh dimakan dalam satu masa? cerita secara ringkas jika ada peristiwa berkaitan.
first time tau..
 tapi setakat ini tak pernah makan tembikai dengan madu..
kalau tembikai dengan cheese pernah.. 
tu pun masa melancong kat Iran..huhu

7. Pandangan anda tentang lelaki pandai memasak?
biasa je..sebab bapa aku pandai masak..hehe

8. Anda pernah digigit serangga berbisa? jika pernah nyatakan nama serangga itu.
alhamdulillah, tak pernah..harap-harap jangan kena gigit dengan serangga berbisa

9. Masa kecil dulu apa cita-cita anda? sama tak dengan profesyen anda sekarang?
nak jadi doktor haiwan.. 
bila aku ckp nk jadi doktor haiwan mesti orang gelak an aku.. 
tak sama lah..sebab sekarang aku amik bisnes..
walaupun tak dapat jadi doktor haiwan ternak haiwan pun jadi lah..hehe

10. Anda suka entri jenis macam mana?kalau boleh anda nak saya buat entri apa lepas ni?
buat entri keagamaan boleh??hehe 
tak pun buat entry yang boleh buatkan aku ketawa..hehe..lebih-lebih pulak

11. Mintak jasa baik anda bagi komen membina sikit tentang blog saya:)
maybe background kot..tapi aku suka entry kat blog halatuju.. 
pasni jom semua serbu blog halatuju...

p/s : maaf lah ye banyak giler gambar.. and dya malas nak tag org..hehe

selsema attack aku!!!!!!!

✎dya nasir |⊙Friday, January 27, 2012| ☑
hey selsema cpt lah pergi.aku paling tak suka bila dah kena selsema ni.. susah gile nak buat kerja.. aku rasa macam nak cabut je hidung ni..haha.ada sesape yang nak pinjam hidung aku.. bila dah sembuh bagi aku balik..haha.. sekarang ni aku rasa nak tidur je.. padahal baru bangun tidur.. bila selsema dah menyerang aku kerja aku tidur je lah.. tidur pun tak lena..mana tak nye hidung tersumbat ada ke orang yang tidur lena? kalau ada ajar lah aku..

selsema ni macam tahu-tahu je isnin ni aku ada appoitment ngan doktor kt hospital ampang.. malasnya nak pergi..sebenarnya takut nak jumpe doktor tu..hehehe bukan apa, takut kena marah lagi ngn doktor tu.. tahun lepas dah kena marah dah sebab xjaga makan.. bila ada appoitmnt je mesti selsema.. nak aku kena marah lah tu...kalau ye pun nak serang aku serang lah masa lain.. aku ni dah lah jenis kecut perut bila tengok doktor tu.. confim mesti isnin ni aku kena marah sebab tak jaga makan.. korang nak tahu aku alergi apa?? cer tengok gambar kat bawah ni..


terkejut jugak aku bila dapat tahu alergi nasi.. jarang orang asia alergi nasi..memang susah lah aku nak berhenti makan nasi.. aku ni sehari tak makan nasi rasa lain macam..hehe.. terpaksalah aku makan beras phoni taj mahal.. dah lah mahal beras ni.. tapi bagus jugak, sebab pakai beras ni lah berat aku turun..hehe..so lepas ni ada sesiapa yang nak diet ke boleh pakai beras ni ye.. 


kalau yang ni aku tak heran sangat sebab aku jarang makan pisang.. tapi bila lapar bedal je...

peanut.. memang susah tak makan.. mana tak nye, family aku rajin beli peanut ni.. tak dorang makan aku melopong pulak kan..apa lagi time raya. bila dah tengok kuah kacang lupa terus pantang tak boleh makan kacang..haha


kalau ketam ni tak teran sangat lah kan sebab ramai yang alergi ketam.. disebabkan bulan ni nak jumpa doktor, so terpaksa berhenti buat sementara waktu sebab tak nak makin teruk hidung aku tu. aku dah cakap awal-awal kat mama aku jangan beli ketam tapi beli jugak..aku tengok je lah dorang makan..

sebenarnya banyak lagi yang aku alergi tapi yang kat atas ni lah yang teruk. apa boleh makanan kesukaan aku pula k tu yang aku alergi.. tapi yang aku tak boleh stop makan nasi lah. tak akan aku nak makan makanan barat kot.. 

harap-harap tak ada lah kena marah lagi.. tapi aku rasa macam kena marah je sebab hidung aku ni makin teruk pula.. jangan lah sampai kena operate lagi.. tak nak aku duduk hospital pastu kena cucuk jarum. sakit tau.. yang sihat boleh jadi tak sihat bila duduk hospital bila masuk air..hehe.. doakan dya tak kena marah dengan doktor ye..hehe

Contest "Jom Tambah Geng Blogger"..

✎dya nasir |⊙Thursday, January 26, 2012| ☑


hari ini dya nak join contest dari nadia

tarikh tutup 29 Januari

Hadiah-Hadiah Penyertaan :
Tempat 1st : Wang Tunai RM50 + Hadiah Sampingan..
Tempat 2nd : Wang Tunai RM40 + Hadiah Sampingan..
Tempat 3rd : Wang Tunai RM30 + Hadiah Sampingan..
Tempat 4th : Wang Tunai RM20 + Hadiah Sampingan..
Tempat 5th : Wang Tunai RM10 + Hadiah Sampingan..
Tempat Saguhati : Wang Tunai RM5 + 5 Hadiah Sampingan.

kalau korang nk join klik je kat banner tu

video ini membuatkan aku menitis air mata..

✎dya nasir |⊙Wednesday, January 25, 2012| ☑




 
aku menitiskan air mata bila tengok video ni.. untungnye Dr. Harun Din mimpi rasuallah..
Semoga kita semua diberi peluang oleh-Nya berjumpa baginda. Amin

sukun goreng dan kopi..

✎dya nasir |⊙Wednesday, January 25, 2012| ☑


petang-petang macam ni sedap jugak kan makan sukun goreng dan kopi.. yum..yum..

study weyh..

✎dya nasir |⊙Wednesday, January 25, 2012| ☑










 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page